Saturday, 10 March 2012

Islam ke dia??


Salam…….dah berbulan x menulis di sini..…disini sy ingin kongsikan satu cerita…

Sekitar tahun 2009, tempat : surau fakulti sains UPM.., waktu : Zuhur
Saya baru abis kelas dan ingin menunaikan solat zuhur….
Selesai menunaikan zuhur datang seorang foreigner di sebelah saya membentangkan sejadah, 
oh zuhur juga ye? Fikir saya .
Tiba tiba dia mengeluarkan batu kecil dan diletakkan di bahagian hadapan nya iaitu bahagian sujudnya.
 Erm pelik?? Pintas saya,
saya terus melihat gelagatnya… saya perhatikan cara solatnya berbeza semasa beliau sujud dahi nya menyentuh batu tersebut.. dan selesai baca tahiyyat akhir saya lihat beliau menepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Ish pelik sungguh???.
Tapi saya pendam kan jer perasaan ingin tahu itu.
                                                                camnilah dia solat
 
Sekitar tahun 2010, tempat : surau library upm.., waktu : Asar

Perkara yang sama juga berlaku …
sy terus tertanya tanya dalam hati mengapa berbeza benar dengan cara solat kita,
 sedangkan dalam solat ketika sujud wajib dahi dan hidung menyentuh sejadah  ,
tp kerana kejahilan saya ketika itu, saya terus biarkan persoalan itu bermain dalam fikiran sahaja tidak ingin ambil tahu pun.erm.. Jahilnya saya ketika itu. 

Sekitar February 2012, tempat: di dalam bas ( dr kolej menuju ke fakulti) , waktu : 8.45pg
Saya duduk di sebelah seorang Foreigner…tiba- tiba beliau memulakan perbualan
Foreigner : pukul berapa bas ni jln ye ? ( dlm English la) hehe
Saya: Bas akan jalan bila student penuh di dalam nya  ( broken English) huhu
Foreigner : saya ada kelas pukul 9.00 pg, sempat ke??, saya akan lmbat lagi nampaknya.. Katanya lagi
Saya : jgn risau tgok tu org dah ramai penuhkan bas ni, sikit lagi bas ni akan gerak .. kata sy pula…
Sejurus selepas itu, bas itu bergerak menuju ke academic area…dan beliau tersenyum senyum kearah saya.
Saya : awak dari mana? Pelajar Master @ phd ?
Foreigner : saya dari Iran , pelajar phd dalam bidang Kimia.
Saya: Oh…sambil senyum
Foreigner : saya mengikuti ahli Sunnah waljamaah.. tiba-tiba beliau berkata
Saya : (muka keliru)..kenapa tiba-tiba dia ckp camtu, mmg la dalam islam kita mengikut ahli Sunnah waljamaah ..ngomel saya dlm hati
Foreigner : (bagai kan mengerti beliau berkata lagi) di Iran hanya 20% sahaja ahli Sunnah waljamaah, dan 80% lagi adalah pengikut ajaran Syiah.Di Malaysia sgt bagus kerana kamu semua mengikut ahli Sunnah waljamaah .
Sepanjang perbualan kami beliau tidak putus putus mengatakan Malaysia Negara yg sungguh  beruntung, menurut beliau ahli Sunnah waljamaah diperangi ditempatnya. Beliau turut melahirkan kegembiraan kerana ramai penduduk cina dan india memasuki islam dengan mudah tanpa berlaku keganasan.

Terkesima saya sebentar, sungguh saya tertarik dengan nya..dia menceritakan perihal islam dengan mata dan riak muka yang sungguh bersinar…..

Erm….ingin jadi sptnya..
Ok berbalik kepad cerita asal…slpas berpisah dengan beliau sesampainya saya ke fakulti saya terus mencari gali mengenai syiah di google…
Maka terjawab la segala persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini…

Cara beribadah pengikut syiah yang sama sekali bertentangan dengan islam
1.      Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah.
2.      Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan sembahyang. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu  sunat saja.
3.      Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah  ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah. Dan selepas mengucapkan Haiyya ‘Alal fallah’ ditambahkan lagi dengan “Haiyya Ala Khairil ‘Amal’.
4.      Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.
5.      Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.
6.      Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: “Rukuk “. Kalau berdiri dia seru: “Qiyam!“. Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.
7.      Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.

Berikut adalah cara –cara mereka beribadat yang bertentangan dengan islam dpt sy kongsikan..kalau nk tahu selanjutnya boleh la google, byk pengetahuan yg kita boleh dpt tahu mengenai sejarah, asal usul syiah, cara hidup , cara beribadah mereka actually saudara saudara seislam dan yang mengikuti ahli Sunnah waljamaah ditindas di sana …kesian mereka..patutla saudari yg sy jumpa didalam bas hari itu begitu teruja berada di Malaysia kerana di Malaysia dia bebas utk mengamalkan islam dengan sebenar- benar nya….mungkin bg kita di Malaysia dah merasa cukup selesa dan mudah maka kita( saya sendiri) tidak menghargai dan kadang kala memandang remeh sahaja urusan ibadah..nauzubillah

So pembaca , solat tiang agama , jika kita tidak mendirikan solat maka runtuh la agama kita…alangkah ruginya…


No comments:

Post a Comment