Wednesday 11 April 2012

Maafkan saya......


Salam rakan-rakan yg berkesemptn meluangkan masa membaca blog saya nih..sihat kah anda?? 

Orait straight to the point, di sini sy ingin kongsikan 1 cerita dimana situasi yg sama tetapi waktu, org dan tmpt yg berbeza…anda yang bijaksana buatlah penilaian dari 2 situasi ini

Situasi 1
Tempat : Parking sebelah kafe serumpun UPM
Waktu : (2010) petang

saya akui ketika perkara ini terjadi sy adalah seorang yg jahil, pemarah, egois, bajet bagus, dan etc

saya ingin menghantar kembar sy pulang ke cheras…sy parking kereta di kwasan parking pelajar bersebelahan dengan kafe serumpun upm , seperti biasa selepas memanaskan enjin dan memastikan tiada kereta di belakang saya keluar dari kawasan parking tanpa saya ketahui ketika itu ada sebuah kereta proton saga jenis lama berwrna kelabu menghampiri kereta saya… lupa utk melihat sudut belakang melalui cermin saya terlanggar kereta tersebut… maka keluarlah dua org lelaki muda yang saya kira pelajar upm juga.

Lelaki muda 1: wei x nmpak ke kereta belakang ni? Kata nya smbil marah ( muka emo gila ) hik3
Saya : (terasa ego tercabar, buat muka emo gak) x perasan td..(lnsng x de rasa nak minx maaf pun, jahilnya saya…)…En. Nampak kereta saya kan..kenapa x undur kebelakang sikit? Bentak saya ..menyiram minyak di api yg sedang membara ….
Lelaki muda 1: (Muka mmg dah nk mengamuk sgt2)….Kau x sedar ke yang kau tu dah langgar kereta aku…?
Kembar saya:  Encik kami minta maaf, minta maaf, minta maaf, kami salah kami x perasan kereta  encik td, maaf kan kami, kata kembar saya tiba tiba…sambil berbisik..kakak…bertenang dan sabar..x pe biar adik ckp ngn diorang…

Adik kembar saya terus menerus meminta maaf dari mereka berdua dan menyatakan kecuaian kami …tidak terkira kata maaf yang di ucapkan…tapi ketika ini saya lansung tidak merasa apa2 … saya merasakan mereka la yang salah… kenapa perlu minta maaf…akhirnya perkara ini diselesaikan dengan saya membayar rm50 di atas kerosakan yang berlaku.

Situasi 2
Tempat kawasan parking kolej berdekatan P7
Waktu : 9.00pg sekitar april 2012

Ketika ini saya berada dalam keadaan sakit perut sgt2…
Saya baru pulang dari cheras ke upm… sampai kawasan parking…

Eh ada kosong la bawah pokok tu, redup sikit kereta aku… bisik saya, dengan laju saya ingin membuat back parking , tapi saya tidak perasan akan kereta kancil berwarna kuning berada di belakang , tanpa melihat sudut belakang melalui cermin…. saya terlanggar kereta tersebut…

Alamak, aduh..macammana boleh x perasan kereta belakang nih?? Bisik saya… saya masuk parking dan keluar dari kereta… dan terus pergi kearah kereta kancil yang tidak bergerak itu…seorang pemudi menurunkan tingkap nya dan menunggu kehadiran saya 

Saya : Cik maaf kan saya..maaf sgt2 sy x perasan tadi…maaf sgt2..( ketika ini yg saya fikirkan saya perlu memohon maaf dangan ikhlas di atas kesalahn yang sy sendiri lakukan) .
Pemudi : Awak x Nampak ke kereta saya kan belakang tadi ? katanya tegas…
Saya : saya betul2 tidak perasan… maafkan saya …(sambil saya mencari 2 kerosakan di kereta nya)…cik bole check kereta cik kat mana yg rosak, saya x pandai nak tengok la cik..saya minta maaf sgt2…kata saya sambil menunggu beliau keluar dari keretanya….
Pemudi : Awak betul2 x perasan ke kereta saya?
Saya : actually saya sakit perut ( mmg betul2 tau) saya nk cpt sgt , tula x perasan td…minta maaf cik..minta maaf sgt2
Pemudi tersebut kelihatan berbincng dengan rakan sebelahnya….dan beliau berkata kepada saya
Pemudi : erm ok lah..kalau mcm tu x pe la….lg pon ok kut kereta saya… katanya sambil menghadiakan senyuman yang manis kepada saya…..
SubhanaAllah…..Alhamdulillah….baiknya hati dia……
Saya : Terima kasih..& saya minta maaf sekali lagi…balas saya dengan senyuman dan rasa syukur…
Saya benar2 minta maaf kerana saya benar2 rasa bersalah…dan Allah sejukkan hati beliau untuk memaafkan saya…
 gambar adik beradik saya semasa memohon maaf di pagi hari raya tahun lepas..hehe

Melalui 2 cerita diatas dimana satu situasi yang sama
Tiba tiba saya terfikir sejenak
 saya dapat rasakan manisnya mengungkapkan perkataan maaf…. Siapala kita di bumi Allah ini….

“Allah tidak akan mengampunkan dosa seorang hamba kepada hamba yang lain sebelum kedua belah pihak menyelesaikan permasalahan mereka terlebih dulu. Jika tidak, pada akhirat nanti mereka akan saling menuntut balas dan membayar dosa dengan kebaikan atau memindahkan dosa orang dizalimi kepada yang menzalimi.”

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)